Dr P. Ramasamy saman Zakir Naik

Kuala Lumpur, Dis 27.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik, dengan mendakwa difitnah pada satu ceramah di Nigeria, bulan lalu.

Ramasamy memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 Disember lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya, Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada satu ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu.

Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di laman Facebook miliknya yang mempunyai lebih kurang 23 juta pengikut, yang menyentuh mengenai kemenangan kes saman fitnahnya (terhadap Ramasamy), dan mendakwa defendan menggelarnya sebagai musuh umat Islam.

Pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir kerana mengeluarkan lima kenyataan fitnah terhadapnya.

Ramasamy menegaskan, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat, yang mampu membentuk maksud biasa dan semula jadi bahawa beliau seorang rasis dan anti-Islam jika ia dibawa kepada perhatian orang yang munasabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here