MKPB tangkap ternakan dibiar berkeliaran, lelong jika gagal dituntut

Kota Bharu, Dis 29.
Sebanyak 34 haiwan rayau ditangkap Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dalam tempoh lebih sebulan bermula 22 November lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Anis Hussein, berkata operasi tangkapan haiwan rayau itu dibuat susulan aduan orang ramai awam banyak haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran merayau sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda yang dikesan merayau tanpa pengawasan pemilik ditangkap sekitar daerah ini.

Kita mengenakan denda kompaun sebanyak RM1,000 untuk seekor lembu, manakala RM500 pula bagi kambing biri-biri untuk pemilik yang ingin mengambil haiwan ternakan itu semula,” katanya di sini, hari ini.

Anis berkata, jumlah kompaun itu juga termasuk dengan kos penyimpanan iaitu antara RM100 hingga RM300 sehari.

Beliau berkata, tidak ramai pemilik tampil menuntut ternakan mereka dan sebagai penyelesaian, pihaknya akan mengambil tindakan melupus termasuk lelong.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here