Bot terbelah dua dirempuh jerung paus

Langkawi, Jan 04,
Lima nelayan melalui detik cemas sebelum diselamatkan apabila bot mereka karam akibat dirempuh sekumpulan jerung paus di perairan berhampiran Pulau Balar di sini, malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, nelayan terbabit berusia di antara 23 hingga 58 tahun diselamatkan bot nelayan lain yang berada berhampiran.

“Mereka dilaporkan tidak cedera dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

“Mangsa memaklumkan bot mereka terbelah dua akibat dilanggar sekumpulan jerung paus di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here