Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup

Mersing, Jan 05.
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, di sini ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir setinggi 0.15 meter.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata bagaimanapun pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke Kampung Orang Asli Peta dengan melalui Ladang Mutiara-Paloh.

Polis menyeru orang ramai supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa termasuk berkaitan penutupan jalan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti dihanyutkan arus.”Selain itu, boleh dapatkan maklumat terkini dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah atau pun Polis Diraja Malaysia, katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Azmi Rohani memaklumkan di Kota Tinggi, Jalan Sri Perani hanya dibuka satu lorong bagi kenderaan ringan berikutan dinaiki air hingga 0.3 meter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here