Jalan Silang digempur lagi – DBKL sita premis, kompaun peniaga termasuk warga asing

Kuala Lumpur, Jan 5.
Jalan Silang yang terkenal dengan jolokan ‘Mini Dhaka’ sekali lagi digempur semalam dengan terkini tindakan sita serta kompaun dikenakan ke atas peniaga dan penjaja termasuk membabitkan warga asing.

Selain Jalan Silang, serbuan terbaharu sempena Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang membabitkan 300 anggota dan pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut tertumpu di sekitar Masjid India dan Jalan Petaling.

DBKL berkata, tindakan khas ini membabitkan pemeriksaan 110 aktiviti premis perniagaan, penjaja, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am yang berlaku.

Hasil operasi khas ini, katanya, 29 premis perniagaan diambil tindakan pindah peralatan kerana melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing dan 20 penjaja tanpa lesen dikenakan tindakan sita barangan termasuk tiga penjaja bukan warganegara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here