Tarif air di Malaysia antara yang terendah di ASEAN

Shah Alam, Jan 05.
Malaysia adalah antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara lain di rantau ASEAN.

Malaysia mengenakan kadar keempat terendah dalam kalangan negara ASEAN setakat 2022 iaitu RM1.22 bagi setiap meter padu air, laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan menerusi soalan lazim mengenai pelarasan tarif air.

Myanmar pula mengenakan caj sebanyak sembilan sen, Brunei (35 sen) dan Indonesia (RM1.15) untuk jumlah isi padu air yang sama.

Kadar yang dikenakan oleh negara jiran lain pula lebih tinggi iaitu RM1.37 di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura (RM5.88).

Menurut SPAN, terdapat beberapa negeri yang tarifnya tidak disemak melebihi 25 tahun iaitu Pahang dan Perlis dengan semakan terakhir masing-masing ialah pada 1983 dan 1996.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here