Sungai Buluh, Jan 5.
Dikerah untuk bekerja dalam tempoh lama, tidak dibenar keluar selain pergerakan diawasi kamera litar tertutup (CCTV).
Itu nasib tiga pekerja warga Myanmar bawah umur yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di sebuah kilang kitar semula barang elektronik di Kampung Baru Sungai Buloh dekat di sini, sebelum berjaya diselamatkan polis pada Khamis.
Operasi itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.