Remaja paksa kucing merokok dikecam hebat netizen

Kuala Lumpur, Jan 8
Seorang remaja berusia 18 tahun membuat permohonan maaf selepas video memaparkan dia memaksa seekor kucing menghisap rokok tular di media sosial serta mendapat kecaman hebat netizen.

“Saya hanya bergurau,” kata remaja berasal dari Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara Indonesia dalam satu video permohonan maaf selepas polis menemuinya di kediaman beliau atas sebab penderaan terhadap haiwan.

Dalam video yang tular baru-baru ini, remaja itu dilihat duduk di tepi jalan sambil merokok.

Dia kemudian meletakkan rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya dan memaksa haiwan tidak berdosa itu menghisap rokok.

Remaja itu kemudian menghembuskan asap rokok ke arah haiwan terbabit sebelum membiarkan kucing itu pergi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here