Seorang bekas PM akan dipanggil beri keterangan – Azam Baki

Sepang, Jan 8.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti .

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkannya. Beliau berkata, turut akan dipanggil, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana.

Tidak kurang daripada empat orang akan dipanggil (memberikan keterangan) dan salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri dipanggil memberikan keterangan, katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan kes siasatan SPRM terhadap proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here