Warga asing jadikan taman permainan sebagai ‘rumah’

Kuala Lumpur, Jan 9
Tindakan sekumpulan warga asing yang menjadikan sebuah taman permainan sebagai ‘rumah’ mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi video yang tular di laman X baru-baru ini, kelihatan beberapa individu dipercayai warga asing dari Myanmar mengangkat tilam dan berkumpul gazebo berhampiran kawasan taman permainan iaitu di sekitar taman perumahan Bandar Mahkota Cheras.

Malah di waktu malam, golongan terbabit dipercayai turut meletakkan tilam di tengah-tengah kawasan padang taman permainan.

Dalam video berkenaan turut dilihat perakam bersama penduduk membuat serbuan di pondok terbabit.Menurut perakam, kawasan terbabit dijadikan seperti rumah dan dalam keadaan kotor selain turut mempunyai dapur.

“Kita bukan tak ada perikemanusiaan, tapi korang tengoklah sendiri, ni tempat permainan ni, tempat nak riadah tapi dah jadi pula macam rumah mereka,” kata perakam menurut video itu.

Dalam pada itu, yang lebih membahayakan lagi adalah apabila terdapat botol pecah di kawasan terbabit dan boleh mengancam keselamatan penduduk lebih lagi kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu.

Perakam turut menyifatkan keadaan itu seperti di kem pelarian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here