PKR Sangetha Jayakumar sah dilantik ke lembaga pengarah PKA

Kuala Lumpur, Jan 11.
Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar sah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.“Saya juga ingin merakam penghargaan khasnya buat (Ketua Wanita PKR) Fadhlina Sidek yang memberi dorongan dan sentiasa berusaha untuk memperkukuh pemberdayaan wanita.

Saya melihat pelantikan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan atas usaha itu,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, pelantikan itu diterimanya dengan penuh rasa tanggungjawab dan merupakan peluang untuk terus mengangkat, memperkasa, memperkukuh agenda serta komitmen kerajaan Madani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here