Bas terbakar penumpang mati

Alor Gajah, Jan 13.
Seorang pelancong wanita maut selepas bas ekspres dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 198, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.50 pagi tadi, bas dua tingkat itu dipercayai membawa 30 penumpang yang semuanya warga Singapuramenuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata lima lagi penumpang cedera termasuk dua daripadanya melecur teruk.

Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi mengenai kemalangan bas dengan sebuah motosikal dan pasukan pegawai dan anggota ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Motosikal ditunggangi lelaki berusia 21 tahun dipercayai terbabas sendiri, jatuh di lorong paling kiri dan penunggang sempat bangun mengelak ke kiri jalan.

Arshad berkata, pelanggaran itu menyebabkan lima penumpang termasuk tiga orang yang duduk di bahagian belakang terperangkap dan cedera kerana melecur.

Katanya, seorang daripada mangsa, Yafarah Taj Fakrudin Hussaini berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah akibat badan terbakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here