‘Kos hidup tinggi di bandar buatkan M40 setaraf B40’

Kuala Lumpur, Jan 13.
Kumpulan M40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi di bandar perlu diberi perhatian kerana ia cukup membebankan golongan berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bersetuju pandangan sesetengah pihak bahawa golongan M40 berkeluarga yang tinggal di bandar dengan pendapatan isi rumah RM8,000 sebulan, setaraf dengan kelompok B40.

Justeru, beliau memberi jaminan isu kos hidup yang didepani rakyat ketika ini akan turut diambil kira oleh MARA, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan usahawan di bawah MARA.

“Saya bersetuju dengan maklum balas bahawa pendapatan isi rumah M40, RM8,000 kalau anak empat duduk di bandar cukup membebankan dan setaraf B40. ” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here