Pengemis warga asing ditahan di Bangsar

Kuala Lumpur, Jan 13.
Jabatan Imigresen menahan pengemis asing di sekitar perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar, di sini semalam dan menahan 10 warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu, masing-masing dua lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia ditahan, selain seorang lelaki dan dua orang perempuan berasal dari Myanmar.

Semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 2 hingga 41 tahun.

Turut ditahan dalam operasi itu yang dijalankan jam 12.15 tengah hari, empat kanak-kanak iaitu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan warga Myanmar. “Dalam operasi ini, seramai 13 orang diperiksa dan hasil pemeriksaan lanjut, seramai 10 orang pengemis warga asing yang berumur antara 2 hingga 41 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Seramai tiga individu dilepaskan kerana didapati warga tempatan,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here