Amah dera budak 3 tahun sehingga patah kaki

Kuala Lumpur, Jan 17.
Polis giat mengesan pengasuh warga asing yang melarikan diri selepas mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga patah kaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pengasuh terbabit melarikan diri sebelum majikannya tampil membuat laporan polis pada 8 Januari lalu.

“Pengasuh berkenaan belum ditemui lagi namun kertas siasatan sudah dibuka.

“Kita masih lagi mengesan keberadaan pengasuh yang menyebabkan kanak-kanak tiga tahun patah kaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Konntinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, pada 11 Januari lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan dicubit, digigit dan dipukul sehingga patah kaki oleh pengasuhnya yang juga wanita warga asing.

Perkara berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak malang itu tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan dialami pada Isnin minggu lalu.

Ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun mendakwa mengambil pengasuh itu daripada sebuah agensi pekerjaan warga asing kira-kira tiga tahun lalu.

Difahamkan, wanita itu ditugaskan membantu menjaga anaknya yang menerima rawatan di HKL akibat masalah kesihatan. Pada 2022, pengadu mula menyedari terdapat kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan, muka serta kemaluan anaknya namun, pengasuh menafikan melakukan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here