Melaka, Nov 4.
Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar disyaki mencederakan rakan sebiliknya menggunakan pisau kerana berang tidak boleh tidur akibat bunyi muzik yang kuat, dalam kejadian di sebuah asrama pekerja di Pantai Puteri, di sini, semalam.
Insiden kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan mangsa yang juga warga Myanmar berusia 35 tahun cedera di bahagian leher, sebelum suspek berumur 28 tahun diberkas pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pasukannya bergegas ke lokasi kira-kira jam 6.50 petang selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.
Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terbabit dalam insiden itu dan mendakwa kejadian berlaku kerana dia tidak dapat tidur disebabkan mangsa memasang lagu dengan kuat.




















