Malaysia di tangga ke-59 gaji minimum

Shah Alam, Jan 17.
Malaysia menduduki tempat ke-59 daripada 67 negara dalam ranking gaji bersih minimum bagi Januari tahun ini iaitu sebanyak RM1,323 sebulan tanpa merekodkan sebarang peningkatan berbanding tahun lepas.

Menurut kajian dilakukan perkhidmatan beli-belah, Picodi Malaysia, ia juga mengkaji perbandingan gaji minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas dan kos sara hidup.

Kata Picodi Malaysia, nilai bakul beli-belah pada Januari 2024 meningkat kepada 7.9 peratus berbanding Januari 2023.

Lima negara yang menduduki lima anak tangga tertinggi dalam ranking peningkatan gaji bulanan minimum pada Januari 2024 ialah Argentina sebanyak 128.4 peratus atau AS$297 diikuti Turkiye (99.9 peratus/AS$596), Nigeria (83.3 peratus/AS$68), Pakistan, (29.3 peratus/AS$114) dan Maldova (23.1 peratus/AS$239).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here