George Town-Julai-
Sebuah tangki air di tingkat 27, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengalami ‘overflow’ menyebabkan airnya melimpah sehingga masuk ke lif di kompleks berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu menyebabkan pengurusan Komtar iaitu PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) terpaksa menghentikan operasi lif buat sementara waktu.
Setakat ini, 17 lif tidak beroperasi dan masih menjalani pemeriksaan keselamatan.
Ketua Pegawai Operasi PDCSU, Loi Kai Horng berkata, ketika pemeriksaan awal dibuat ketika kejadian, hanya empat lif di zon rendah tidak terjejas dan dibenarkan beroperasi.”Siasatan awal mendapati terdapat ‘overflow’ dari tangki air tersebut dan juruteknik PDCSU telah berjaya menghentikan aliran air keluar. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan punca utama kejadian.
“Setakat ini, ada lima lif yang sudah boleh beroperasi iaitu empat di zon rendah dan satu di zon tengah manakala 17 lif lagi belum beroperasi.”Lif zon rendah yang berfungsi hanya boleh sampai sehingga ke tingkat 26 manakala lif bagi zon tengah, boleh digunakan sehingga tingkat 46. Mereka yang bekerja di atas daripada tingkat 46 perlu menaiki tangga buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Tambahnya, ketika ini, pasukan kontraktor sedang berusaha untuk memulihkan operasi lif bagi zon tinggi iaitu bagi tingkat 46 ke atas.




















