Gaduh guna kayu rotan -5 lelaki ditahan

Johor Bahru, Jan 18.
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata berikutan itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki warga tempatan dalam serbuan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, kelmarin dan semalam.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian diterima pada jam 2.27 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun. Turut dirampas, dua batang kayu rotan dan dua telefon bimbit.”Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek hingga menyebabkan pergaduhan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Raub berkata, semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here