Harga bawang sudah stabil

Walaupun harga bawang putih, bawang merah kecil dan bawang besar meningkat 30 peratus pada Jun 2020 berbanding bulan sama 2019, tetapi keadaan harga itu dianggap sudah stabil.

China Press melaporkan, bahan-bahan makanan tersebut telah mengalami pergolakan harga berikutan banjir di India yang menyebabkan hasil bawang besar menjunam sehingga larangan eksport dikuatkuasakan New Delhi pada September tahun lalu.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit, Hong Chee Meng berkata, walaupun India membenarkan semula eksport bawang besar pada Mac tahun ini, tetapi ia pula bertembung dengan wabak COVID-19 yang memberi impak besar kepada urusan logistik.

“Pada masa itu permintaan masih tinggi di Malaysia sehingga menyebabkan kenaikan harga kerana  penawaran yang gagal menampung permintaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here