Sindiket ‘jus dadah’ – 6 ditahan

Kuala Lumpur, Jan 19.
Polis menumpaskan sindiket mencampurkan lima jenis dadah dalam jus minuman sebelum dijual kepada pengunjung pusat hiburan dan parti persendirian di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan itu terbongkar menerusi lima serbuan dan tangkapan di sekitar Cheras dan Kajang pada Selasa serta Rabu lalu, termasuk di dua kondominium mewah yang dipercayai menjadi tempat memproses dan menyimpan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 40 tahun serta dalang utama sindiket berusia 39 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM448,850 membabitkan 55.44 liter jus disyaki dadah, 1.68 kilogram (kg) serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA), 144 gram (g) ketamin, 16g ganja, lima kg serbuk ekstasi, 550 pil Erimin 5 serta 2,900 biji pil ekstasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here