Golongan 16-30 tahun paling ramai maut kemalangan

Putrajaya, Jan 22.
Kumpulan umur antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut dalam kemalangan motosikal pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,674 mangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhannya, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada 2023 turut meningkat 10 peratus dengan 4,480 kemalangan maut melibatkan 4,499 jumlah kematian.

Jelas beliau, peningkatan kematian dalam kumpulan penunggang motosikal berumur 16 hingga 30 tahun mempunyai kaitan dengan ketiadaan lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Saya dimaklumkan bahawa kemalangan ini telah mula berlaku di umur rendah walaupun syarat memohon lesen bermula 16 tahun, tetapi oleh kerana pelajar sekolah rendah telah mula menunggang motosikal seawal tujuh atau lapan tahun.

Puncanya, mereka tiada lesen dan tidak ikut peraturan lalu lintas dan peraturan permotoran,” katanya di sini pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here