70 NELAYAN HILANG REZEKI AKIBAT SUNGAI DIRACUNI BAHAN KIMIA.

Pasir gudang, 9 Julai-

Kira-kira 70 nelayan dan lima penternak kupang terjejas oleh pencemaran Sungai Kobok yang berhampiran di Kampung Perigi Ache di sini sejak Khamis lalu akibat keracunan bahan kimia.

Othman Addon, Ketua Kampung Perigi Ache, menyatakan bahawa seminggu yang lalu air sungai berubah menjadi hitam dan kehijauan serta berbau kerana sisa-sisa toksik dari kilang berhampiran  disalurkan ke sungai berkenaan.

Beliau juga berkata kilang didakwa membuang bahan kimia berkenaan ke anak sungai yang kemudiannya mengalir ke Sungai kobok. kilang itu wajar ditutup serta-merta dan bukan hanya dikompaun sekiranya tindakan diambil pihak berkuasa.

Kampung ini terdiri daripada 535 penduduk dari 135 isi rumah. Sebilangan besar mereka adalah nelayan yang turun ke sungai dan pengangkapan hasil laut menjadi pendapatan utama. Manakala selebihnya adalah pekerja kilang berdekatan dan bekerja sendiri.

Nelayan tidak pergi ke sungai untuk mencari rezeki selama seminggu kerana bimbang untuk menjual hasil sungai yang beracun. Ada juga yang menangkap ikan di lauatan berhampiran.

Ikan, udang dan ketam mati kerana sungai yang tercemar.

“Tidak mungkin lagi pergi ke sungai, kami kehilangan rezeki lagi kerana Perintah Kawalan Pergerakan”, kata Othman.

Zaidi Sik, 66, mengatakan nelayan di kampung itu mencari makanan laut di kawasan terpencil di Pengeran dan Kota Tinggi, kerana sungai Kobok masih tercemar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here