Kongsi gelap, sarang dadah di Klang Digempur

Kuala Lumpur, Jan 22.
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterism dalam Op Khas Aman Fasa 1 2024 di daerah Klang Selatan dan Klang Utara, dekat sini, yang berakhir hari ini.

Operasi bermula sejak 15 Januari lalu itu, mensasarkan individu bergiat aktif dalam dua kumpulan kongsi gelap di sekitar Klang selain tapak projek pembinaan dikuasai mereka dan sarang penagihan dadah.

Seramai 133 individu ditahan termasuk 120 rakyat tempatan dalam operasi yang turut dibantu oleh JSJ IPK Kontinjen Selangor bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata operasi turut melumpuhkan aktiviti menjana kewangan dua kumpulan kongsi gelap utama itu yang sekian lama bermaharajalela di daerah ini.

“Tangkapan ahli kongsi gelap ini dibuat berdasarkan rekod keahlian sedia ada dan dikenalpasti JSJ Bukit Aman berdasarkan serbuan tangkapan individu lain yang pernah dilaksanakan dalam operasi sebelum ini.

Fadil berkata JSJ melalui Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) turut menjalankan serbuan ke atas 16 tapak projek pembinaan yang dipercayai mempunyai elemen menjana kewangan dan ekonomi untuk dua kumpulan kongsi gelap utama di Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here