Nahas 5 kenderaan – 2 beranak maut

Shah Alam, Jan 22.
Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7 pagi berhubung kejadian, dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata salah sebuah kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga.

Mukhlis berkata semua mangsa berjaya dikeluarkan pada 9.45 pagi, namun wanita 40an serta kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Seorang lagi cedera di bahagian kaki dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here