Kuala Lumpur, Sep-
Seorang penganggur dihukum penjara sebulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut institusi diraja di Tiktok, Julai lalu.
Nor Ismail Amran Ghazilah, 42, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret M.Kalaiarasi.
Mengikut pertuduhan, Nor Ismail didapati menerbitkan penerbitan menghasut melalui TikTok iaitu melalui tulisan “Negeri Kedah curi hasil negeri lain-lain…Sultan Kedah pencuri sebenar ketika itu, saya cabar seluruh istana anak bukit dan mencabar Sultan Kedah’.
Ia didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Julai 2024 jam 10 malam, di pekan Sungai Petani.