108 Pati Tahan di Pasar Selayang

Kuala Lumpur, Jan 27.
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggempur Pasar Harian Selayang dalam Operasi Khas Op Taring II, awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, operasi bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar pasar tersebut, terutamanya melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Operasi yang dijalankan pada jam 3 pagi itu melibatkan 465 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas 213 warga asing dan seramai 108 daripadanya merupakan PATI yang telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Warga Indonesia paling ramai ditahan melibatkan 52 orang, diikuti Myanmar (35), India (12), Bangladesh (tujuh), manakala Nepal dan Pakistan masing-masing satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here