Bayi ditinggal di kaunter hospital

Johor Bahru, Jan 27.
Seorang lelaki meninggalkan bayi lelaki dianggarkan berusia lima hari di kaunter pertanyaan sebuah hospital swasta di sini, 18 Disember lalu, selepas mendapati hospital berkenaan tidak lagi menyediakan khidmat pelindung ‘Baby Hatch’.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan bayi itu daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Beliau berkata, bayi berkenaan dirujuk ke HSA selepas dibawa polis untuk rawatan.Menurutnya, berdasarkan laporan polis pada 19 Disember lalu, pengadu membuat laporan selepas seorang lelaki meninggalkan kanak-kanak di kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta pada jam 8.30 pagi, sehari sebelum itu. Katanya, pengurusan hospital itu kemudian menempatkan bayi terbabit di taska pusat perubatan itu kerana menjangka warisnya akan tampil menuntutnya.”Hasil semakan dengan polis, pelaku itu dapat dikesan dan dikenal pasti sebagai bekas majikan kepada ibu kandung bayi.

“Bagaimanapun, selepas tidak dituntut, bayi itu dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut.”Difahamkan, ibu kandung bayi itu meminta bantuan lelaki terbabit untuk menempatkannya di Baby Hatch di hospital berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, lelaki itu buntu selepas mendapati perkhidmatan itu tidak lagi disediakan oleh hospital.

“Lelaki itu kemudiannya meninggalkan bayi di kaunter pertanyaan hospital sebelum beredar,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here