Thulaasi, bayi ajaib tsunami

George Town, Dis –
Hari ini, 26 Disember genap 20 tahun tsunami mengganas di beberapa negara di rantau ini dan bagi mereka yang terbabit, pasti kejadian itu masih segar dalam ingatan dan menjadi peristiwa pahit yang sentiasa dikenang di mana ratusan ribu nyawa terkorban di Acheh, Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia.

Di Pulau Pinang, kisah tsunami terus segar terpahat dalam ingatan peniaga A .Suppiah dan anaknya S. Thulaasi iaitu ‘bayi ajaib tsunami’ yang baharu 22 hari dilahirkan semasa kejadian ombak besar itu.Dalam peristiwa itu, badai tsunami yang menghempas Pantai Miami, Batu Ferrringhi pada 2004 menghanyutkan seorang bayi yang sedang nyenyak tidur di tilam ke tengah laut dan apabila datang gelombang kedua pula dengan kehendak Tuhan bayi itu didamparkan ke pantai.

Mengimbau kembali detik itu, Suppiah, 75, berkata kisah itu (tsunami) adalah satu riwayat yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayatnya.

Pada 20 tahun lepas, gempa bumi berukuran 9.1 magnitud yang melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia turut mengegarkan persisir pantai sekitar Pulau Pinang.

Detik mendebarkan berkenaan kekal terpahat dalam sanubari pasangan suami isteri

A. Suppiah  dan L. Annamary, 62, apabila bayi mereka S. Thulaashi yang ketika itu baru berusia 22 hari dihanyutkan ombak di Pantai Miami, Tanjung Bungah.

Gelombang ombak pertama muncul sejauh 600 kilometer dari Sumatera ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam menghanyutkan Thulaashi yang nyenyak tidur di atas tilam di kafe keluarganya berhampiran pantai berkenaan.

Bagaikan satu keajaiban apabila gelombang kedua seolah-olah ‘menghantarnya’ kembali ke pantai dengan selamat dan sejak itu, Thulaashi yang ‘tidur’ sepanjang kejadian menjadi tajuk utama dunia sehingga mendapat jolokan ‘Tsunami Miracle Baby’.

Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annamary berkata, dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Annamary berkata, ketika itu Thulaashi sedang tidur dalam bilik di kedai manakala dia berada di bilik yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here