Polis trafik ‘minta seratus’ disiasat

Kuala Lumpur, Jan 29.

“Bayar sini RM100, bayar di balai RM300.”

Itu ungkapan seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik ketika menahan sepasang warga asing yang juga pempengaruh media sosial tanpa mengetahui perbualan itu dirakam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial.

Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.”Jam 4.30 petang, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan lain-lain media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan diskaun ke atas pasangan dari United Kingdom (UK) yang sedang melakukan edisi jelajah Malaysia itu.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan itu dan tidak akan bertoleransi ke atas anggota dan pegawai terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here