Wanita parah ditikam depan rumah

Kuala Lumpur, Jan 30.
Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, dalam kenyataan berkata kejadian pada 4.04 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek. Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek disyaki bertindak menikam mangsa di bahagian perut menggunakan sebilah pisau berukuran 26.5 cm.

“Mangsa telah mengalami luka koyakan di perut, cedera di bahu, cedera tangan kiri dan tangan kanan, serta cedera di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Selayang,” katanya.Faizal berkata susulan kejadian itu, seorang suspek wanita berusia 31 tahun yang merupakan rakan kakak mangsa, ditahan di sekitar kawasan kejadian kerana dipercayai terlibat dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here