Al-Sultan Abdullah catat lembaran sejarah baharu, unik – PM

Kuala Lumpur, Jan 30.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai satu lembaran sejarah yang baharu dan unik dalam mendepani pelbagai cabaran.

Menurut Perdana Menteri, hanya dengan ehsan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah yang mampu mengemudi negara dalam saat-saat getir itu.“Kewibawaan Tuanku merungkai kemelut politik negara dan menggagaskan sebuah Kerajaan Perpaduan telah membugar kestabilan dan memungkinkan usaha kita untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini ke tingkat tertinggi
“Ampun Tuanku, tempoh pemerintahan Tuanku telah mencatatkan satu lembaran sejarah yang baru buat negara, yang unik dan dalam banyak hal turut mencabar,” kata Anwar dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berikrar, kerajaan bertekad untuk terus berusaha dan berbakti sepenuh jiwa raga demi rakyat dan negara tercinta.
“Pemerintahan Tuanku yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat keseluruhannya yang menikmati limpahan keamanan dan kesejahteraan sepanjang tempoh baginda bersemayam di atas takhta selama lima tahun.

“Berbekalkan kepercayaan ini dan keprihatinan terhadap rakyat dan memperkuat iltizam bersama jemaah menteri dalam memastikan negara ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara ke satu tahap kesejahteraan rakyat,” ujar beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here