Tiga meninggal, kereta dinaiki merempuh pokok

Kuching: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Jalan Bako, di sini semalam.Voon Fook Seng, 26, yang memandu Proton Gen 2 dan dua penumpang Ruzzie Bujek, 24, serta Mechelini Bujek, 28, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat ketiga-tiganya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.43 petang. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dari arah pusat bandar Kuching menghala ke Bako.

Setibanya di lokasi, kereta hilang kawalan di selekoh, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar pokok di pembahagi tengah jalan.Setibanya di lokasi, kereta hilang kawalan di selekoh, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar pokok di pembahagi tengah jalan.

Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Alexson berkata, mayat mangsa dihantar Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan dua anggota EMRS dari BBP Petra Jaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Sebaik anggota tiba, didapati tiga lelaki berada di dalam kereta yang remuk serta tidak sedarkan diri. Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dan hasil pemeriksaan awal anggota EMRS mendapati mereka sudah meninggal dunia. Kematian disahkan anggota paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here