Makmal dadah atas nama proses minyak terpakai

Shah Alam, Feb 6.
Makmal dadah yang berselindung di sebalik kegiatan memproses minyak terpakai diserbu di Kampung Bukit Cerakah di sini pada Selasa.

Kegiatan memproses dadah itu didapati dijalankan dalam sebuah kontena di kawasan terpencil lokasi berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 3 petang di lokasi berkenaan merampas dadah bernilai RM850,611.

“Serbuan dijalankan merampas 440 gram ketulan kristal methamphetamine, 1,030 gram cecair methamphetamine, 53,030 gram serbuk ephidrine serta pelbagai peralatan dan bahan kimia bagi penghasilan dadah berkenaan.

“Selain itu, dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga asing berumur 22 dan 37 tahun ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti memproses dadah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here