Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat kepada 9,746 pagi ini

Johor Bahru, Jan 10.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 8,221 orang membabitkan 2,275 keluarga di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Kota Tinggi terus mencatatkan penambahan mangsa banjir kepada 4,730 orang daripada 1,298 keluarga yang berada di 26 PPS di daerah itu.

“Turut mencatatkan penambahan mangsa banjir adalah Johor Bahru yang kini mencatatkan seramai 1,976 orang daripada 535 keluarga ddi 12 PPS yang beroperasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kluang juga mencatatkan penambahan mangsa banjir daripada 1,306 mangsa (385 keluarga) malam tadi kepada 1,308 orang (386 keluarga) pagi ini yang semuanya masih ditempatkan di sembilan PPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here