Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM

Kuala Lumpur, Feb 12.
Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menerima tiga laporan daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berhubung ugutan bunuh yang diterimanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, PDRM telah memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.

“Laporan polis berkenaan telah disiasat dan klasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan lanjut dan dua lagi kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis.

“Pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial dan sekiranya ingkar, tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara selama tidak melebihi dua tahun dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Terdahulu, Nik Elin memberitahu sudah membuat laporan polis selepas menerima banyak ancaman dan serangan dalam talian di samping ancaman untuk ‘menyembelih’ dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here