Wanita warga emas melecur selepas dapur rumah terbakar

George Town, Feb 12.
Seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital selepas bahagian lengan kanannya melecur dalam kebakaran di Pangsapuri Midland Court, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 79 tahun yang tinggal bersendirian dikatakan sedang membakar roti di dapur.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, PBKII Mohd Hairi Fazzil, berkata sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.40 pagi berhubung insiden itu.

“Sebaik tiba, kebakaran didapati berlaku di ruang dapur rumah berkeluasan 10×10 kaki persegi dengan anggaran kebakaran 10 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here