Cuaca lebih panas, kering – MetMalaysia

Shah Alam, Feb 13.
Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, negara berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

“Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu pada Selasa.

MetMalaysia turut memaklumkan, dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

Kata kenyataan itu, suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here