Pesawat ringan terhempas di Klang

Kuala Lumpur, Feb 13.
Polis sahkan kejadian pesawat terhempas di Kapar, Klang, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian sebuah pesawat ringan yang dilaporkan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda di Kapar Klang.

Sementara itu,Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.56 petang.

“Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi didapati sebuah pesawat terhempas dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan.

“Mangsa masih belum diketahui,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here