Budak 12 tahun parah terkena renjatan elektrik

Bayan Lepas, Nov 17.
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik ketika memasuki bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, dikatakan memasuki fasiliti milik TNB itu untuk mengambil bola miliknya dari dalam premis berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Md Rodzi sepasukan anggota dari BBP Seri Balik Pulau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.45 petang, bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Setiba di lokasi, seorang kanak-kanak didapti melecur hampir seluruh badan. Mangsa ditemukan orang awam dan dibawa ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here