Pukul ibu, anak saudara guna penyapu

Mentakap, Feb 19.
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul ibu dan anak saudara perempuannya sehingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Mentakab, Temerloh, Pahang.

Ketua Polis Temerloh, Mazlan Hassan, berkata kejadian berlaku ketika wanita berusia 77 tahun dan cucu perempuannya yang berusia 31 tahun berada di halaman rumah, semalam. Katanya, secara tiba-tiba suspek berusia 52 tahun menghalau mereka keluar rumah lalu memukul anak saudaranya menggunakan penyapu dan topi keledar.

Mazlan berkata, melihat kejadian, wanita warga emas terbabit cuba melindungi cucunya dengan memukul anaknya itu dengan penyapu.

“Berang dipukul, suspek bertindak balas dengan merentap penyapu yang dipegang ibunya sebelum memukul muka wanita itu,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis.Suspek ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here