Kemasukan percuma – Pengunjung Zoo Melaka sanggup beratur lama

Melaka, Feb 21.
Orang ramai mula beratur di Zoo Melaka seawal 7 pagi selepas kerajaan negeri menawarkan kemasukan percuma ke destinasi pelancongan itu sempena cuti umum Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu semalam.

Seorang pengunjung, Mohd Noraidil Mohd Ali, 45, berkata dia bersama isteri dan tiga anaknya beratur sejak 7.15 pagi lagi sebelum dibenarkan masuk dua jam kemudian ke zoo yang mula dibuka kepada umum pada 9 pagi.

Peniaga kedai makan itu berkata walaupun terpaksa bersesak dengan ratusan pengunjung lain, dia gembira kerana hajat membawa tiga anak berusia 11 hingga 19 tahun ke ikon pelancongan negeri itu tercapai.

“Saya ingatkan hanya kami sekeluarga yang sampai awal, tetapi terkejut apabila melihat ramai lagi yang lebih awal daripada kami, …ada yang dari 4 pagi sudah beratur. Kami sanggup beratur lama kerana bukan selalu dapat masuk percuma ke zoo ini, selain ingin bawa anak-anak yang sedang cuti sekolah berjalan-jalan. “Kali terakhir datang ke Zoo Melaka lapan tahun lepas dan harga tiket ketika itu hanya sekitar RM7, tetapi kini mencecah RM30 seorang, jadi bila percuma seperti hari ini boleh jimat banyak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here