Mayat wanita dalam kereta berkunci

Ipoh, Feb 21.
Wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam didapati tertidur ketika menjaga bapanya yang sakit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.”Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here