Dua ditemui mati dalam kereta

Kuantan, Feb.
Sepasang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan dekat Muadzam Shah, Rompin, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada jam 4.10 petang, hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan, komander operasi melaporkan dua mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta terbabit di kawasan parkir.

“Anggota bomba melakukan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Sebaik pintu dibuka, dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang duduk di tempat pemandu dan penumpang depan sudah meninggal dunia dan disahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata, mayat dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here