Tak dengar cakap, gantung 6 bulan

Kuala Lumpur,Feb.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memberi amaran mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat selepas ini boleh digantung sehingga enam bulan.

Amaran itu dibuat selepas Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa diugut dan ditawar ‘habuan’ untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu telah dibantah oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan.

Susulan dakwaan Wan Saiful itu, Johari mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak membawa perkara ‘hearsay’ atau khabar angin ke dalam Dewan Rakyat.

Beliau menasihatkan sekiranya Ahli Parlimen tidak setuju dengan perkara seperti dakwaan Wan Saiful itu boleh membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. “Saya boleh gantung enam bulan sesiapa tak dengar cakap saya.

Benda gaduh di luar jangan (bawa) masuk dalam dewan, selesaikan di luar,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Titah Diraja

Johari turut menasihatkan Ahli Parlimen untuk membawa perkara-perkara yang boleh diambil tindakan oleh kerajaan di Dewan Rakyat untuk menyelesaikannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here