Pasangan dibunuh kerana rebutan harta

Pantai Remis, Mac.
Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung.

Pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas sanggup membunuh pasangan suami isteri menggunakan sabit sawit dalam kejadian di kebun sawit di Kampung Cina, Pantai Remis, di sini, petang semalam.

Suspek berusia 61 tahun adalah bapa saudara kepada mangsa lelaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pasangan suami isteri berkenaan masing-masing berusia 74 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua mangsa dan suspek.

Mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Suspek ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung esok, bagi permohonan reman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here