George Town, Mac.
Semakan berhubung kad media bagi wartawan tidak akan menjejaskan outlet media yang telah lama beroperasi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menjelaskan semakan tersebut, menteri berkata pihaknya mendapati sesetengah pihak menyalahgunakan kad perakuan media sebelum ini dan keperluan untuk meneliti outlet media yang baharu diwujudkan.
“Itu antara sebab kenapa mereka meneliti perkara tersebut,” katanya kepada pemberita. “Mereka mewujudkan laman web baharu, memohon kad perakuan media, dan cuba untuk hadir acara dan program (kerajaan).”