Seorang penjual teh susu di pinggir jalan di Nagpur, India, Dolly Chaiwala menjadi tular di media sosial selepas salah seorang individu paling berpengaruh di dunia memuat naik foto dirinya sedang membeli teh susu daripada pemuda dengan gaya eksentrik itu.
Individu tersebut adalah Bill Gates, individu kelima terkaya di dunia serta tokoh yang memperkenalkan perusahaan Microsoft Corporation.
Di sebalik tular gambar Gates berdiri di sebelah Dolly sewaktu membeli teh susu bancuhannya, penjual tersebut mengaku tidak mengenali siapa Bill Gates.
Menurut Dolly, dia hanya tahu ada seorang lelaki Inggeris membeli teh susu buatannya. Lelaki tersebut iaitu Bill Gates berdiri dan menunggu teh susunya siap tanpa berbual dengan Dolly. “Sejujurnya saya tidak tahu siapa Bill Gates. Saya fikir dia hanya lelaki Inggeris atau pelancong dari luar negeri.
“Saya pun menyajikan teh susu kepadanya seperti biasa. Namun esoknya selepas kembali ke Nagpur, baru saya tahu lelaki itu Bill Gates,” kata Dolly seperti dilaporkan Storypick.





















