Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland

Kuala Lumpur, Mac.
Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Cleveland di Racquet Club, Amerika Syarikat.

Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit dalam perlawanan suku akhir pada hari Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Pemain berusia 25 tahun itu akan menghadapi cabaran pemain England lain dalam pertandingan separuh akhir bertemu pemain ke-6 dunia Goergina Kennedy yang menewaskan rakan senegaranya, Lucy Beecroft 11-2, 11-4, 11-4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here