Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang dihentikan selepas 15 September, kata Adham

Pemberian vaksin secara “walk-in” atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Adham Baba. Beliau berkata, langkah itu diambil atas faktor kadar penduduk di Lembah Klang yang belum divaksin dan kehadiran ke pusat pemberian vaksin (PPV) kini sangat rendah.

Saya ingin mengumumkan program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang dihentikan selepas 15 September, katanya dalam satu majlis serah tugas Pasukan Petugas Khas Covid-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Kompleks F, Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Dalam pada itu, Adham berkata, bermula 16 Sept, penduduk Lembah Klang yang belum divaksin boleh mendapatkan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan tertentu sahaja.Beliau berkata, senarai Klinik Kesihatan akan diumumkan nanti.

Bagaimanapun Adham berkata, vaksinasi “walk-in” di negeri lain masih lagi diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing untuk maklumat terkini. Dalam perkembangan lain Adham berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan pelajar matrikulasi boleh mendapatkan vaksin secara “walk-in” di PPV terbuka dengan syarat menunjukkan kad pelajar mereka.

Beliau berkata, sebanyak 195,000 atau 37.5% pelajar IPTA dan 51,000 atau 10.2% pelajar IPTS tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksin setakat ini. Katanya, setakat 7 Sept, sebanyak 547,595 atau 53.2% pelajar IPTA dan IPTS telah lengkap divaksin. Saya harap usaha memberi kesedaran berhubung vaksinasi dipertingkatkan  katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here